Derma/Sumbangan untuk Projek Pembinaan Surau Baru Asrama Darul Falah - RUMAH ANAK-ANAK YATIM ISLAM DARUL FALAH


Pada tahun ini (2007) pihak Darul Falah dalam proses untuk mendirikan sebuah surau untuk kegunaan anak anak di Darul Falah. Pihak Darul Falah memohon jasa baik pihak pihak individu mahupun korporat untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan agar pihak Darul Falah dapat melaksanakan perancangan membina surau untuk kegunaan anak anak Darul Falah. Surau lama telah dirobohkan dan pada waktu ini menumpang surau orang kampung di luar kawasan asrama. Surau lama terpaksa dirobohkan kerana tapak asal digunakan untuk mendirikan asrama dan dewan makan yang baru. Kami sedang berusaha mendirikan surau yang baru dan menelan perbelanjaan lebih kurang RM450,000.00 dengan kapasiti muatan 300 orang. Kami memohon kepada orang ramai dan dermawan agar dapat membantu kami mendirikan semula surau tersebut dengan menghulurkan bantuan yang ikhlas. Kami bersedia menerima derma/sumbangan dalam bentuk wang tunai dan bahan-bahan binaan yang sesuai dengan keperluan tersebut. Pihak Darul Falah memohon sumbangan derma untuk menampung kos pembinaan surau yang diperlukan sebanyak RM 450,000.00


Derma Dan Sumbangan Ikhlas
Cara Menderma / Sumbangan:-

Kami bersedia menerima MO / PO / Cek Berpalang di atas nama Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah atau


Memasukkan sumbangan/derma ke dalam akaun

Nama: Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah.
No Akaun: 13-017-01-000467-9
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)


* Slip bank hendaklah di fax kepada pihak kami dengan menulis nama, alamat dan no telefon untuk mendapatkan resit rasmi.


Penderma juga boleh menghubungi pihak pentadbiran Asrama seperti alamat dan no telefon tertera di bawah


Asrama Anak Yatim Darul Falah
Padang Pak Su Man, Bukit Payung,
21400, Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 09-619 2667
Faks: 09-619 0668
Segala sumbangan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah S.W.T memberkati sumbangan anda.

0 comments:

 
Cebong`s Notez
---- Download for FREE. Green World Blogger Template---- © Template Design by Herro