Kajian Dr Masaru bukti air dibaca ayat Al-Quran

Soalan:
Menjelang peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi, sesetengah sekolah atau ibu bapa mengadakan majlis baca Yasin dan air yang diletakkan pada majlis itu untuk diminum pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Apakah pandangan tuan mengenai amalan ini?

Jawapan:
Air itu boleh dikatakan sebagai air penawar atau dikenali juga dengan air penerang hati bergantung kepada niat atau hajat yang diperlukan.

Membaca al-Quran adalah ibadah dan amalan ini memberi pahala kepada si pembacanya serta memberi berkat kepada orang di sekitarnya seperti air yang diletakkan di sisinya.

Berikutan penggunaan air sebagai medium, ia adalah benda hidup yang dapat memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.

Oleh kerana 70 peratus tubuh kita terdiri daripada unsur air, bererti ketika kita membaca, mendengar al-Quran atau air yang dibaca ayat al-Quran akan membentuk susunan dan molekul yang teratur dan sempurna yang dapat membantu memperbetulkan fungsi dalaman tubuh bagi menenangkan jiwa dan bertindak seperti niat dan tujuan kita.

Perkara ini boleh dirujuk kepada kajian Dr Masaru Emoto dari Jepun yang sudah membuktikan secara ilmiah bahawa air yang dibacakan doa atau perkataan yang baik atau muzik yang merdu akan membentuk struktur molekul yang nampak halus dan indah.

Jika diperdengarkan kepada air itu perkataan yang buruk serta muzik yang kasar, maka ia membentuk molekul yang tidak seimbang dan hodoh.

Justeru, molekul air dapat berubah dan mengikut aura persekitaran lalu membentuk seperti apa yang berlaku di sekelilingnya seterusnya memberi kesan kepada manusia.

Kesimpulannya, membaca dan minum air Yasin dengan niat yang baik boleh diamalkan kerana termasuk usaha dan ikhtiar di samping usaha lain yang perlu juga dilaksanakan bagi mencapai matlamat dan cita-cita yang baik dan cemerlang.


Subscribe to Islam is the Answer by Email

Selengkapnya......

Khas Untuk Para Suami !!

Kisah isteri mithali seorang yang bernama perempuan @ isteri!Aduh….sakitnyer…isk….. aduuh….Bang sakit nye tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya zakri.“Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu” rungut zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran …”Come on Nisa u can do it…once more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar…”Good mummy” kata Doktor
Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. “Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa. “Tahniah zakri, it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada zakri. zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Diatak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung…Nisa dah 2 bulan…Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
“Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?”soal Nisa pada Zakri . “Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak” Zakri menempelak Nisa “Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi. “Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan,Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang”? terang Nisa pada Zakri.“ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.
Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.“Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu”marah Zakri.“Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ….heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni”kutuk Zakri lagi pada Nisa.“Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. “Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri” kata Nisa pada Zakri.“Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,”ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat diSurau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.
Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput…macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah,lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula…bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh…Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan nisa…dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding…Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumahMak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.
Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan”kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. “Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti”desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker”marah Zakri.
“Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja”Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian…terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.”YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.
Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak…berdenyut2…”Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Sapa plak nie sebok je….”Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf? “Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke,apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
“Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha”gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. “Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia”cetus hati Azlan. “Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau…mereka perlukan kita masa tu…nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri.“Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba.”Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri,sesal tak sudah nanti” kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Hello Zakri speaking” jawab Zakri. “Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkandiri………”panggilan kecemasan dari Doktor Johari “Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang”…tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. “Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri …”ajak Zakri pada Lan. “Hah, tadi kau kata bini kau sihat”tanya Lan pada Zakri.“Alah jom ler cepat” desak Zakri. “Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau…terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.
Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya…dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk …tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa….baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati…tetapi sebaliknya…..Zakri hanya diam….“YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil… “Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya.
I’m really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyatakeluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa…”YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering…membuat Zakri tertarik untuk membacanya…
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang…”SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA”Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu bang…Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar- benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.Abang tak pernah tahu kan… Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin…Abang panggil Nisa AYANG…terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu…walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?
Abang…mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang…….Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka…Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa…tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang…Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang- kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang…Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa…Ibunya…sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.Ikhlas dariNur Nisa“Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan zakri mengambilnya.Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya…setiap perbuatannya…seperti wayang jelas terpampang…kenapalah sampai begini jadinya…kejamnya aku…Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.
Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. “Nisa Abang minta ampun dan maaf” bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya…meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa….ampunkan aku YA ALLAH….akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. “YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri…dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?” tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis.
“Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak…kaulah peyambung zuriat, darah daging ayah… emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa…
Moral of the story:
Ingatlah para suami bahawa…Isteri dan anak-anak itu adalah amanah ALLAH kepada kamu…jadi Sayangi mereka sentiasa kerana kasih sayang yang abadi menjamin kebahagiaan...

Selengkapnya......

Derma/Sumbangan untuk Projek Pembinaan Surau Baru Asrama Darul Falah - RUMAH ANAK-ANAK YATIM ISLAM DARUL FALAH


Pada tahun ini (2007) pihak Darul Falah dalam proses untuk mendirikan sebuah surau untuk kegunaan anak anak di Darul Falah. Pihak Darul Falah memohon jasa baik pihak pihak individu mahupun korporat untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan agar pihak Darul Falah dapat melaksanakan perancangan membina surau untuk kegunaan anak anak Darul Falah. Surau lama telah dirobohkan dan pada waktu ini menumpang surau orang kampung di luar kawasan asrama. Surau lama terpaksa dirobohkan kerana tapak asal digunakan untuk mendirikan asrama dan dewan makan yang baru. Kami sedang berusaha mendirikan surau yang baru dan menelan perbelanjaan lebih kurang RM450,000.00 dengan kapasiti muatan 300 orang. Kami memohon kepada orang ramai dan dermawan agar dapat membantu kami mendirikan semula surau tersebut dengan menghulurkan bantuan yang ikhlas. Kami bersedia menerima derma/sumbangan dalam bentuk wang tunai dan bahan-bahan binaan yang sesuai dengan keperluan tersebut. Pihak Darul Falah memohon sumbangan derma untuk menampung kos pembinaan surau yang diperlukan sebanyak RM 450,000.00


Derma Dan Sumbangan Ikhlas
Cara Menderma / Sumbangan:-

Kami bersedia menerima MO / PO / Cek Berpalang di atas nama Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah atau


Memasukkan sumbangan/derma ke dalam akaun

Nama: Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah.
No Akaun: 13-017-01-000467-9
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)


* Slip bank hendaklah di fax kepada pihak kami dengan menulis nama, alamat dan no telefon untuk mendapatkan resit rasmi.


Penderma juga boleh menghubungi pihak pentadbiran Asrama seperti alamat dan no telefon tertera di bawah


Asrama Anak Yatim Darul Falah
Padang Pak Su Man, Bukit Payung,
21400, Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 09-619 2667
Faks: 09-619 0668
Segala sumbangan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah S.W.T memberkati sumbangan anda.

Selengkapnya......

Derma/Sumbangan untuk Rumah Anak Yatim Darul Aminan

Rumah Anak Yatim Darul Aminan harapkan kediaman baru


SEREMBAN 26 Mei - Anda mungkin tidak merasa penderitaan anak-anak kecil ini, tetapi percayalah di sanubari mereka tersimpan perasaan untuk mendapat belaian kasih seorang bapa yang telah pergi buat selama-lamanya.
Malahan, ada juga di kalangan penghuni di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aminan (Darul Aminan) di Ampangan, di sini tidak mendapat perlindungan sewajarnya sebelum ini kerana kesempitan hidup dan mereka mengharapkan simpati masyarakat untuk menentukan hala tuju hidup mereka.
Namun begitu, Darul Aminan yang dibangunkan sejak Januari 2006 kini menjadi penyambung kehidupan mereka, malahan kanak-kanak kurang bernasib baik itu kini dijaga, dibelai, dimanjai seperti anak-anak penjaga mereka sendiri.




Apa tidaknya, Darul Aminan kini menempatkan seramai 37 penghuni berusia setahun sehingga 16 tahun yang merupakan anak-anak yatim daripada keluarga miskin di Negeri Sembilan.
Bukan dipaksa atau diheret ke situ, tetapi anak-anak yatim ini melangkah ke Darul Aminan atas kerelaan sendiri demi masa depan yang lebih baik walaupun terpaksa berpisah dengan ibu dan adik-beradik yang lain.
Di sinilah kehidupan baru mereka bermula apabila Darul Aminan menjadi 'rumah' untuk berlindung dan mencipta masa depan yang lebih baik.
Begitupun di sebalik pengharapan baru yang diberikan di Darul Aminan kepada setiap penghuninya, pusat penjagaan tersebut tetap bergelumang dengan kemelut tersendiri.
Percaya atau tidak, Darul Aminan sejak beroperasi digerakkan dengan tulang empat kerat pasangan suami isteri, Kamalul Arifin Abu Kassim, 47, dan Ruzita Abdul Aziz, 44, yang bergelar 'ayah' dan 'mama' kepada para penghuninya
.
Bukan itu saja, sejak ditubuhkan Darul Aminan yang sudah didaftarkan di bawah Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan Negeri Sembilan tidak mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ihsan orang ramai yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan.
Rumah yang menjadi tempat kanak-kanak tersebut bernaung juga berada dalam keadaan serba kekurangan sekali gus memerlukan penambahbaikan.
Pada ketika ini, pertubuhan tersebut terpaksa menyewa di tiga buah rumah di Jalan Gedong Lalang 8 Ampangan, di sini untuk menempatkan penghuni yang terdiri daripada 16 perempuan dan 21 lelaki dengan kadar sewa RM350 sebuah.
Menurut Kamalul Arifin yang juga Pengasas dan Pengerusi Darul Aminan, mereka memerlukan kawasan sendiri yang mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 1.2 hektar untuk membina bangunan bagi penghuninya.
"Pada masa sekarang penghuni harus tinggal berasingan di tiga buah rumah yang diubah suai menjadi asrama. Alangkah bagus jika mereka ditempatkan di satu tempat demi keselesaan mereka menjalankan pelbagai aktiviti.
"Bukan itu saja, setiap tahun semakin ramai yang memohon ke sini tetapi terpaksa ditolak kerana rumah ini tidak cukup untuk menampung penghuni yang ramai," jelasnya.
Tambah Kamalul Arifin, hasrat untuk memiliki bangunan dan kawasan sendiri pernah diajukan kepada pihak tertentu namun mendukacitakan kerana sehingga kini tiada mendapat apa-apa jawapan.
"Kami tidak mahu terlalu mendesak sesiapa untuk menghulurkan bantuan melainkan mereka yang ikhlas ingin menghulurkan bantuan dengan mewakafkan tanah atau bangunan demi masa depan anak-anak yatim ini," ujarnya.
Kata Kamalul Arifin, beliau kini bertambah bingung memikirkan kontrak rumah sewa tersebut yang dijangka tamat pada penghujung tahun ini.
"Perbelanjaan bulanan dianggarkan lebih RM5,000 sebulan tetapi namanya anak yatim rezeki mereka sentiasa ada, hasil derma orang ramai termasuk syarikat korporat yang tidak pernah bermusim.
"Begitu juga dengan tenaga pengajar yang mengendalikan pelbagai kelas di sini, mereka melakukan dengan sukarela," katanya.


Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi 013-3494442 atau menyalurkan terus sumbangan ke Akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan di bawah nombor akaun 05-01201-005962-5.

dari utusan.com.my




Selengkapnya......

Mp3 Ruqyah

MP3 DOA RUQYAH SYARIAH - PENGESAN JIN DAN PENAWAR SIHIR

Apabila anda mendengar MP3 RUQYAH, adakah anda mengalami keadaan seperti berikut:

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom2 di atas, kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita, ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang...Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar MP3 RUQYAH SYARIAH ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk....

MP3 RUQYAH ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita. Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayt 1) . Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa...Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar...InsyaAllah..Dengan mendengar MP3 RUQYAH ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:

-Fikiran runsing/jiwa gelisah-menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin di dalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan.

CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYARIAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


TERBUKTI KEBERKESANANNYA

Ramai pengguna MP3 Ruqyah Syariyah ini telah memberi tindakbalas dan menjalani proses rawatan dengan kaedah perubatan Islam.

-Individu yang menghadapi gangguan jin telah sembuh-Ramai individu bermasalah telah pulih dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

-Anak-anak yang bermasalah dari segi pelajaran telah pulih semangat dan dapat belajar dengan cemerlang.-Para suami (ketua keluarga) yang sakit telah pulih dan dapat bekerja semula dan menggembirakan para isteri.

-Para isteri yang bermasalah telah ceria dan dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.-Hubungan adik-beradik semakin erat dan kasih sayang berterusan menyenangkan hati kedua ibu bapa.

-Golongan wanita dan lelaki yang mengalami halangan berkahwin telah bertemu titik kedamaian dan menjalani kehidupan rumah tangga dengan penuh bahagia.-Pasangan suami isteri yang sering bertelagah, kembali aman.

-Suami isteri saling menghormati antara satu sama lain. Rumah tangga kembali ceria dan bahagia.

Sila klik link di bawah untuk muatturun secara percuma

http://www.ziddu.com/download/2985099/DoaRuqyah.mp3.html


Terima kasih kerana muat turun MP3 Doa RUQYAH SYARIAH. Semoga MP3 ini dapat memberi kebaikkan kepada anda....insyAllah.

Jika ada ingin memberi sumbangan ikhlas kepada pemilik blog, anda boleh salurkan ke akaun Maybank 114301445781 atau melalui akaun Paypal/Kad kredit



Terima kasih atas sumbangan anda. Semoga Allah meluaskan rezeki anda. InsyAllah
Ingin hubungi saya emailkan di mohdazizie2u@gmail.com

Selengkapnya......
 
Cebong`s Notez
---- Download for FREE. Green World Blogger Template---- © Template Design by Herro