MP3 Tanpa - 6ixthSense



Downloand MP3 lagu Tanpa - 6ixthSense

http://www.ziddu.com/download/2993450/6ixthSense-Tanpa.mp3.html

Selengkapnya......

MP3 Ayat-ayat cinta - Rossa




Download MP3 Ayat-ayat cinta - Rossa
http://www.ziddu.com/download/2896990/Rossa-Ayat_Ayat_Cinta.mp3.html

Selengkapnya......

MP3 Agnes Monica - Matahariku



Donwload MP3 Agnes Monica - Matahariku

http://www.ziddu.com/download/2963301/Matahariku-AgnesMonica.mp3.html

Selengkapnya......

Himpunan Doa dan Wirid

Dapatkan Himpunan Doa dan Wirid secara percuma klik link di bawah

http://www.ziddu.com/download/2778994/HimpunanDoa.pdf.html


Selengkapnya......

KAMASUTRA

Download KAMASUTRA klik link di bawah
http://www.ziddu.com/download/2779143/karmasutra.pps.html

Selengkapnya......

Zakat bersih jiwa

DALAM surah al-A’la, ayat 14 dan 15 menjelaskan: “Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya (dengan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat.”

Berdasarkan satu hadis diriwayatkan Ibn Khuzaimah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai ayat berkenaan dan baginda menerangkan, yang ayat terbabit diturunkan mengenai zakat fitrah.

Demikian juga menurut satu lagi riwayat daripada Saidina Ali; maksud membersihkan diri pada ayat terbabit ialah mengeluarkan zakat fitrah dan ‘menyebut nama Tuhan serta mengerjakan solat’ ialah mengucap takbir pada hari raya dan mengerjakan solat hari raya.

Zakat fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas umat Islam kerana berakhirnya bulan Ramadan dan dikeluarkan mengikut peraturannya.

Ia disyariatkan pada Sya’ban tahun kedua hijrah dengan beberapa tujuan, antaranya untuk membersihkan diri orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan buruk dan sia-sia serta memberikan kelapangan kepada orang miskin untuk menyambut hari raya.

Sebagaimana ibadat yang lain bergantung kepada batas waktunya, ibadat zakat fitrah juga tidak terkecuali, malah menurut ulama, orang yang melengahkan zakat fitrah sehingga terlepas waktu yang ditentukan bukan saja berdosa, bahkan tetap wajib membayarnya selepas itu.

Jika ia tidak dibayar, ia tetap menjadi hutang yang ditanggung individu terbabit, sehingga ia menjelaskannya suatu ketika nanti walaupun pada akhir hayatnya, menunjukkan besarnya kewajipan berzakat dan tidak boleh dipandang ringan walaupun jika dibandingkan dengan kadar nilainya beberapa ringgit.

Mazhab Syafie membahagikan kepada lima waktu iaitu waktu harus (pada awal bulan Ramadan), waktu wajib (apabila masuk matahari pada akhir bulan Ramadan), waktu fadilat/afdal (sebelum keluar untuk mengerjakan solat hari raya), waktu makruh (jika diakhirkan selepas solat hari raya dengan tiada uzur) dan waktu haram (diakhirkan hingga selepas hari raya dengan tiada uzur).

Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah tempat seperti beras di Malaysia dan kadarnya ialah segantang Baghdad, bersamaan tiga cupak sukatan Malaysia atau tiga kati dua belas tahil atau dua kilogram 250 gram.

Makanan utama sebagai zakat fitrah menjadi pegangan dalam mazhab Syafie, kecuali disebabkan beberapa perkara seperti berlaku darurat atau diperintahkan oleh pihak berkuasa, lalu diharuskan membayarnya dengan wang sebagai ganti makanan seperti beras.

Diharuskan juga kerana adanya aturan daripada pemerintah terhadap sistem zakat fitrah dengan wang kerana beberapa alasan yang bertujuan baik, seperti asnaf yang lapan terutama fakir miskin lebih bersedia menerima wang berbanding beras.

Hari ini masyarakat secara umumnya menunaikan zakat fitrah dengan wang sebagai ganti beras disebabkan ada kelapangannya, sama ada daripada pihak yang menunaikan zakat atau penerimanya berdasarkan kadar yang ditetapkan di negeri masing-masing.

Kadar zakat yang ditetapkan umumnya berbeza-beza pada setiap tahun dan di antara negeri, berdasarkan beberapa faktor seperti kos barang dan sara hidup, namun kadangkala kadar yang ditetapkan di kawasan kota lebih rendah berbanding di negeri yang kos hidupnya tidak seberapa.

Bagi tahun ini, kadar zakat fitrah di Johor RM6.50, Kedah RM7, Kelantan RM7.60, Melaka RM6.30, Negeri Sembilan RM6.50, Pulau Pinang RM5, Pahang RM7.30, Perak RM7, Perlis RM6 - RM7, Sabah RM7.20, Sarawak RM7.50, Selangor RM5.20, Terengganu RM6 -RM8 dan Wilayah Persekutuan RM5.20.

Mengenai pelaksanaan ibadat zakat fitrah dengan wang, ulama ada memberikan sedikit huraian:

- Tidak sah jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah, mengikut mazhab Syafie seperti niat: “Wang ini untuk fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku.”

Tetapi harus digantikan makanan dengan wang dan hendaklah diniatkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku pada tahun ini.”

- Harus menunaikan zakat fitrah dengan wang sebagai ganti beras (makanan) dalam mazhab Syafie tetapi lebih afdal dengan makanan. Dalam mazhab Hanafi, lebih afdal dengan harga daripada makanan.

Dari sini, dapat diperhatikan juga aspek penting yang menentukan sah atau tidak ibadat zakat fitrah ialah niat. Ini juga sesuai dengan hadis Bukhari yang menerangkan, setiap amalan adalah berdasarkan niat.

Waktu berniat ialah ketika menyerahkan zakat. Boleh juga didahulukan sewaktu mengasingkan benda zakat itu untuk diserahkan kerana zakat boleh diwakilkan.

Niat zakat fitrah seperti: “Ini zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini.” Tetapi jika menunaikan zakat fitrah dengan wang, niatnya: “Ini wang ganti beras zakat fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku, pada tahun ini.”

Daripada (Abdullah) Ibn Umar r.a, katanya: Rasulullah s.a.w sudah menentukan wajibnya zakat fitrah, segantang daripada buah tamar atau segantang dari sya’ir (sejenis gandum) atas setiap orang hamba abdi atau merdeka, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa dari kalangan umat Islam.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari dan Muslim)

Selengkapnya......

Ibadat pengaruhi sikap

petikan : Harian Metro

SOALAN

BARU-BARU ini seorang teman memberitahu, kita tidak boleh mengaitkan sikap dan tingkah laku seseorang dengan amal ibadatnya. Katanya, mengaitkan amal ibadat seseorang dengan tingkah laku antara perkara yang dilarang Allah. Contohnya seseorang yang mempunyai sikap cepat marah dan percakapan yang kadangkala kurang sopan walaupun tidak pernah tinggal sembahyang.
Namun, ada pula yang berpendapat seharusnya amal ibadat dan ilmu agama menjadi pembentuk sikap seseorang kerana orang yang tinggi ilmunya dan dekat dengan Allah lebih halus budi pekertinya. Adakah pendapat pertama itu benar? Tidakkah agama sepatutnya menjadi landasan kepada budi bahasa seseorang?

JAWAPAN

Agama adalah satu cara hidup. Ia tidak terpisah antara ibadat dan perilaku seseorang. Agama bukan hanya solat dan tuntutan ibadat, tetapi soal akhlak juga adalah intipati utama dalam agama.

Semua ibadat yang disyariatkan mempunyai roh dan falsafah untuk membentuk akhlak dan pekerti manusia. Solat misalnya mengajar kita menjauhi maksiat kerana merasakan Allah melihat kita. Puasa membentuk nilai amanah dan membuang sifat amarah.

Zakat menyucikan diri daripada tamak pada harta dan menyemai rasa persaudaraan dan perkongsian.

Jika seseorang itu beribadah tetapi akhlaknya berbeza dengan ibadatnya, ini bererti ibadatnya belum sempurna sehingga gagal diterapkan dalam akhlaknya.

Selengkapnya......

Golongan dimakbulkan doa mereka

Orang yang berada dalam kesusahan
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)

Anak soleh yang taat kepada ibu bapa
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)

Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)

Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu...” (Riwayat Tirmidzi)

Orang dizalimi
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)

Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.”

Selengkapnya......

Keajaiban Air

Tahukah anda bahawa air meliputi 70 peratus daripada permukaan bumi. Air juga boleh berada dalam tiga benuk iaitu pepejal (ais), cecair (air) dan gas (wap). Pada dasarnya setiap orang memerlukan air untuk terus hidup.

Banyak penyakit dapat disembuhkan melalui air. Oleh itu, kita digalakkan minum lapan gelas besar air setiap hari. Ini bukan sahaja membantu meyegarkan badan dari terhidrat malah menjadi sebab kesembuhan banyak penyakit.

Antara penyakit yang dapat disembuhkan ialah sakit kepala, haid yang tidak teratur, kegemukan, radang selaput lendir, gangguan jantung, sembelit, batuk dan banyak lagi. Dengan minum air yang banyak, usus akan bekerja dengan lebih efektif lagi dan membentuk darah baru.

Darah merupakan perkara yang terpenting dalam menyembuhkan penyakit dan memlihara kesihatan.

8 Keajaiban Air Kepada Manusia:

  • Menambahkan kekuatan tenaga.
  • Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal.
  • Membuang toksin dan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan.
  • Menyihatkan kulit dan membuatkannya berseri.
  • Melegakan sakit kepala.
  • Memperbaiki sistem pencernaan.
  • Menyeimbangkan pH badan.

Terapi Air:

· Terapi air merupakan salah satu kaedah yang diamalkan dalam perubatan sejak dahulu lagi. Ini kerana cara ini dilihat lebih murah dan berkesan dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Air berkesan merawat penyakit dengan izin Allah.

Sebagai contoh jika merawat pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka minum air yang didoakan,bermacam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-sakit di tempat-tempat tertentu, lenguh badan, ada yang enggan membuka mulut dan kena paksa minum, ada yang menjerit dan sebagainya. Antara keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya.

· Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

· Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).

· Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jaz, para imam.

Selengkapnya......

Sihir dan Rawatan

Takrif Dan Pengertian Sihir:

Syeikh al-Zahri menafsirkan sihir sebagai berikut: "Sihir ialah amal perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya."

Pengertian asal kalimat 'sihir' itu sendiri ialah 'memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada selainnya.' Maka, orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.

Pendapat Ibnu Qadamah: 'Sihir ialah ikatan, jampi dan perktaan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.'

Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan:

Sesetengah tukang ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al-quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid.

Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir di awalnya, hingga rosak ayat tersebut.Ada yang solat tanpa wudhuk atau dalam keadaan berjunub. Ada pula yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t. pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan.

Justeru, sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya. Sekiranya tukang sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh syaitan maka syaitan pun tidak akan bersedia menjadi khadamnya.

Kesimpulannya ialah bahawa tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang bekerjasama untuk bermaksiat kepada Allah s.w.t.

Jika kita perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam.

Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa dalam sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai bersama isteri,anak-anak ataupun dirinya sendiri. Dia tidak boleh tidur tenang, bahkan sentiasa cemas dalam tidurnya. Bukan hanya terhad kepada dirinya, malah syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. Maha Benar allah yang berfirman:"Dan sesiapa yang enggan mengingatKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta."

Jenis-jenis Sihir:

1. Patung-Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

2. Santau-Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

3. Telur Layang-Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

4. Tangkal Dan Azimat-Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

5. Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang-Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati. Teknik Merawat Orang Yang Kena Sihir: Firman Allah http://abuzubair.files.wordpress.com/2007/09/ayat47.jpg

Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS. Al Israa’:82)

Sesetengah ulama mengatakan bahawa maksud 'syifa' (penawar) di sini ialah syifa' maknawi (ubat spiritual) seperti keraguan, unsur syirik, kefasikan dan kejahatan. Ada juga mengatakan syifa' maknawi sekaligus sebagai syifa' hissi (ubat fizikal).

Dalam hadis yang diriwayatkan dari A'isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:" Ubatilah dengan kitab Allah.'

Dari hadis di atas dapat diperhatikan Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara umum dan baginda tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu atau surah-surah tertentu. Dengan itu jelas sekali bahawa al-Quran seluruhnya adalah syifa' (penawar/ubat).

Pengertian Ruqyah:

Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya dengan HANYA menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Jenis-jenis Sihir: 1.Sihir Pemisah

Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbukan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi.

Jenis-jenis Sihir Pemisah:

  • Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ibunya.
  • Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya.
  • Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau seumpamnya.
  • Memisahkan hubungan antara seorang suami dengan isterinya. Inilah jenis yang palng bahaya dan paling banyak berlaku di dalam masyarakat.

Tanda-tanda Sihir Pemisahan:

  • Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
  • Berlaku keraguan antara suami-isteri.
  • Enggan meminta maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
  • Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.
  • Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakkan oleh isterinya atau suaminya.
  • Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

Al-Hafiz Ibnu Kathir menjelaskan: Sebab perceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan perceraian.

2.Guna-guna (Sihir Percintaan) Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

  • Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
  • Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks.
  • Sukar mengawal cintanya.
  • Rindu bayang yang berlebihan.
  • Patuh secaramembuta-tuli.

Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna):

  • Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri.
  • Perasaan cemburu seorang wanita. Mereka selalu cemas suaminya akan lagi.

3.Memperdaya Pandangan (Hipnotis) Tanda-tanda hipnotis:

  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
  • Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis:

  • Azan
  • Membaca ayat al-Kursi
  • Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.
  • Membaca isti'azah dan basmalah.

Baca dalam keadaan berwudhu'. Sekiranya setelah dilakukan seperti yang di atas, sihir tersebut tidak hilang maka bermakna dia tukang silap mata yang bersandar pada kecekapan tangan, bukan tukang sihir.

4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila Tanda-tanda sihir gila:

  • Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
  • Cakap merapu
  • Mata layu
  • Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak kesana-sini.Tidak boleh diam setempat.
  • Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
  • Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
  • Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya Tanda-tandanya:

  • Suka berseorangan.
  • Mentup diri sepenuhnya.
  • Diam berterusan.
  • Tidak suka bertemu orang.
  • Fikiran melayang.
  • Selalu pening.
  • Lesu dan tidak bermaya

6. Sihir Mendengar Panggilan Tanda-tandanya:

  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7. Sihir Membuat Penyakit Tanda-tandanya:

  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh
  • Lumpuh menyeluruh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

Perhatian: Sebahagian tanda ini sama dengan tanda-tanda penyakit medik tetapi ianya dapat dibezakan dengan membacakan ruqyah kepada pesakit. Pesakit ini selalunya disahkan tiada penyakit oleh doktor perubatan walaupun beliau mengadu sakit. Pesakit akan merasa pening, gementar atau berlaku perubahan pada tubuhnya waktu dibacakan ruqyah, maka penyakit itu adalah akibat dari gangguan atau sihir.

8. Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

9. Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:

  • Takut yang bersangatan
  • Marah yang tidak terkawal
  • Lalai berlebihan
  • Di puncak gelora nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

  • Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
  • Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

  • Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
  • Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang).
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Fakta Penting Tentang Sihir:

  • Kemungkinan ada kesamaan antara tanda-tanda sihir dan tanda-tanda kerasukan/kesurupan.
  • Rasa sakit terus menerus di perut orang yang disihir petanda sihir tersebut berupa makanan atau minuman.
  • Tidak akan dapat melakukan rawatan secara Islam melainkan2 syarat:

i. Istiqamah orang yang merawat melaksanakan perintah Allah.

ii. Keyakinan pesakit akan kemujaraban rawatan al-quran.

  • Hampir semua jenis sihir memiliki tanda ini: "Merasa sesak di dada terutama pada waktu malam."
  • Anda dapat mengetahui tempat sihir dengan 2 perkara:


  • Pemberitahuan jin yang diberi tugas melakukan sihir itu, tetapi jangan terus percaya sebelum anda mencari sihir di tempat yang disebutkan. Sekiranya anda jumpa bermakna dia jujur tetapi jika tidak maka ketahuilah bahawa jin suka berbohong.
  • Pesakit atau perawat solat 2 rakat dengan sungguh-sungguh, ikhlas, tenang dan khuyuk pada sepertiga malam lalu berdoa kepada Allah supaya Allah berkenan menunjukkan tempat sihir.Setelah itu mungkin dapat mimpi melihatnya atau datang perasaan tertentu kepada perawat atau pesakit. Mungkin juga akan rasa keyakinan yang kuat tentang tempat sihir tersebut.


  • Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatus sauda' dan gosokkan minyak tersebut setiap hari pagi dan petang di tempat yang sakit.

ANGKARA SIHIR IKATAN

Suami yang tidak boleh menggauli isterina disebut 'terikat'. Suami yang terikat, walaupun dari segi fizikalnya normal dan tidak sakit tetapi tidak mampu menggauli isterinya.

Sekiranya kita ingin mengetahui bagaimana berlaku ' ikatan' tersebut maka kita mesti mengetahui terlebih dahulu bagaimana proses menegangnya zakar kaum lelaki. Proses Rangsangan Seksual Kaum Lelaki:

Sebagaimana sudah sama-sama kita maklumi bahawa alat kelamin kaum lelaki merupakan daging yang elastik, bila darah memancar kepadanya maka akan berlaku penegangan dan andainya darah kembali seperti biasa maka ia pun mengecil dan lemah.

Proses penegangan melalui 3 peringkat:

  • Pertama:Ketika berlaku rangsangan seksual kepada kaum lelaki maka biji 'testis' kantong benih akan mengeluarkan hormon yang dituang di dalam darah sehingga hormon tersebut sampai kek ulit kepala dan memenuhi tubuh yang mirip dengan aliran elektrik.
  • Kedua:Rangsangan sksual sampai ke pusat yang khusus menerimanya di otak.
  • Ketiga:Kemudian pusat rangsangan seksual di otak tersebut mengirim isyarat-isyarat cepat ke pusat otot-otot kelamin di tulang punggung. Ketika itu terbukalah pintu yang tadinya tertutup sehingga darah mengalir dengan deras di organ-organ seksual mengarah ke kemaluan dan terpancar darah di dalamnya hingga berlakulah penegangan.

Cara berlakunya 'ikatan' Kaum Lelaki:

Mula-mula jin yang berkidmat untuk tukang sihir itu menempati otak, iaitu pusat rangsangan seksual, kemudian mengirim isyarat ke organ-organ seksual itu bekerja secara alami.

Sekiranya orang itu mendekati isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual maka syaitan sihir tersebut melumpuhkan pusat rangsangan seksual di otak sehingga terhentilah isyarat-isyarat yang dikirim ke alat-alat yang mengalirkan darah ke kemaluan supaya ia tegang. Ketika itulah darah kembali dengan cepat dari kemaluan sehingga kemaluan menjadi lemah dan mengecil.

Maka, keitka orang berkenaan merayu isterinya, dia masih boleh tegang tetapi tetapi ketika akan menggaulinya menjadi mengecil sehingga tidak boleh melakukan hubungan seksal dengan isterinya, kerana tegang adalah faktor utama untuk menyempurnakan hubungan seksual sebagaiaman dimaklumi.

Sering terjadi orang yang beristeri dua 'terikat' atau tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan salah seorang dari isterinya tersebut kerana syaitan sihir menghalangi pusat rangsangan seksualnya apabila dia mendekati salah seorang dari mereka. Semua itu berlaku disebabkan oleh sihir.

Kaum Wanita Yang Terikat:

Sama seperti kaum lelaki, kaum wanita juga boleh mengalami 'terikat' tersebut. 'Terikat' wanita ini ada beberapa keadaan:

  • Menghalangi : "Menghalangi" iaitu seorang isteri menghalangi suaminya untuk menggaulinya, dengan cara merpatkan kedua-dua peha sehingga suami tidak boleh menggaulinya. Perkara ini berlaku di luar kehendak isteri, sampai ada salah seorang lelaki yang isterinya disihir jenis ini, ketika dimarahi suaminya maka isterinya menjawab:"Ini di luar kehendakku, bahkan dia mengatakan kepada suaminya: Ikatlah kakiku dengan rantai besi sebelum melakukan hubungan seksual supaya tidak merapat semula." Setelah sisuamii mencubnaya ternyata proses hubungan seksual pun tidak berhasil, kemudian siisteri mengisyaratkan supaya memberikan suntikan bius ketika akan melakukan persetubuhan. Kali ini hubungan boleh berlangsung tetapi hanya dari satu pihak.
  • Melenyapkan Kenikmatan: Mula-mula jin yang diberi tugas oleh tukang sihir tinggal di pusat rasa di otak seorang perempuan. Apabila suaminya ingin menggaulinya maka jin itu menghilangkan sensitiviti sehingga perempuan itu merasakan kenikmatan dan tidak bertindakbalas terhadap ransangan suaminya seolah-olah dibius. Walaupun suaminya terus merangsang nafsu isterinya namun kelenjarnya tidak dapat mengeluarkan cairan yang membuatkan vagina perempuan menjadi lembab sehingga tidak boleh berlaku hubungan seksual dengan baik.
  • Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya.
  • Wujud Sumbatan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya tiba-tiba menghadapi sumbatan yang menghalang dihadapannya berupa daging yang tidak boleh ditembusi zakarnya sehingga persetubuhan tidak berhasil.
  • Hilang Perawan : Apabila sorang lelaki menikah dengan seorang perawan, maka ketika menggaulinya tiba-tiba didapatinya benar-benar seperti janda tanpa ada keraguan sedikit pun, tetapi apabil. dirawat dan hilang sihir tersebut maka perempuan itu kembali perawan sebagaimana asalnya.

'TERIKAT', MATI PUCUK DAN LEMAH TENAGA BATIN

  • Pertama: "Terikat" - Orang yang terikat merasa mampu sepenuhnya untuk menggauli isterinya, bahkan alat kelaminnya boleh tegang selagi jauh dari isterinya tetapi tiba-tiba jadi lemah bila nak melakukan persetubuhan.
  • Kedua: Mati Pucuk - Tidak upaya untuk melakukan persetubuhandneganisteri kerana zakar tidak boleh tegang samada dekat mahupun jauh dari isterinya.
  • Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya.
  • Ketiga : Seorang suami tidak mampu menggauli isterinya melainkan dalam jarak waktu yang lama, dan hubungan seks yang dilakukan berlangsung sangat singkat dan cepat mengecil dan lemah alat kelaminnya setelah melakukan hubungan seks beberapa ketika.

Selengkapnya......

Angkara Saka

Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar.

Itulah proses permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu, syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.


Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.


Beliau berkata, kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan..


“Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.


“Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.


Beliau berkata, antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal.

Katanya, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.

Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.

Mohd Fauzi berkata, syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr, ayat ke-39: “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”


Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.


Katanya, saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.


Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain.


“Sesetengah anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah,” katanya.


Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.


“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).

Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.


“Untuk merawat atau membuang saka pula, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin,” katanya.


Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka, rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’ iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’.


“Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan; apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat, gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada si anak berada di tubuh bapanya.


“Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor.


Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang lain.


“Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,” katanya.


Fakta SAKA:

  • Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.

  • Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.

  • Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).

  • Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.

  • Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.

  • Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.


Antara jenis saka:

  • Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.

  • Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.

  • Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.

  • Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.

  • Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.

  • Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.

  • Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

Selengkapnya......

Mengenali Alam Jin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jinlah tuu
(sambil berseloroh).Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin jugak), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya) ,perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di adapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi....

11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.

12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya

13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.

14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.

15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.

16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.

17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid
(tahu ikut peraturan).

Selengkapnya......

Beralih mazhab lain

sumber : Utusan

SOALAN: Saya menghidap penyakit angin dan seringkali tidak dapat menahan angin keluar dari dubur, apatah lagi ketika ada air sembahyang. Setahu saya ada mazhab tidak batal air sembahyang jika angin keluar dari dubur. Bolehkah saya berpegang pada pendapat mazhab tersebut?

Zamanhuri Sulaiman, Sungai Siput, Perak

JAWAPAN: Anda boleh bertaklid (mengikut) mana-mana mazhab yang muktabar dan diakui. Ini kerana seseorang itu tidak wajib mengikut mana-mana mazhab yang tertentu, melainkan satu mazhab itu sahaja yang diketahui dan dipelajarinya seperti masyarakat kita di Malaysia ini kerana kita semua diwajibkan beramal dengan ilmunya (ilmu yang dipelajarinya). Apa lagi sekiranya mazhab itu dapat mengatasi masalah anda. Bagaimanapun kata ulama, tujuan anda dalam tindakan tersebut hendaklah ikhlas bukan disebabkan semata-mata memilih apa yang senang sahaja dan bukan kerana malas melaksanakan kewajipan agama dan perintah Allah SWT. Sekiranya anda ikhlas dengan tujuan tadi, maka anda dibolehkan bertaklid dan mengikut mana-mana mazhab. Contohnya kita di Malaysia memilih menunaikan zakat fitrah menggunakan harganya yang disahkan oleh Hanafi r.a. Satu perkara lagi, anda perlu faham syarat dan hukum berkaitan satu-satu isu yang hendak ditaklid kepada mazhab tersebut, kalau tidak akan berlaku talpik (bertampung) dalam amalan kita .Sebagai contoh, ramai yang mengambil wuduk mengikut cara Imam Syafie r.a dengan menyapu sedikit rambut di kepala sedangkan perbuatan seperti itu wuduknya tidak diakui sah oleh Imam Hanafi r.a. Begitu juga bila kita bersentuhan dengan wanita asing, wuduk kita terbatal dan tidak diakui sah pada mazhab kita Jadi wuduk kita itu tidak ada siapa yang memperakuinya sebagai sah dan masih terpakai, kerana semua Imam Hanafi dan Syafie ra.) mengatakannya sudah batal. Tetapi sekiranya perasaan anda it was-was sahaja maka jangan anda keluar dari solat sehingga anda pastikan keluarnya dengan suara atau baunya. Wallahualam.

Selengkapnya......

Mas kahwin cermin kasih sayang

sumber : Utusan


Soalan

Saya akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Tetapi saya dan pasangan masih tidak dapat membuat kata putus tentang mas kahwin dan wang hantaran. Bakal suami saya mahu memberi sekali gus, kerana katanya tidak ada beza dan memudahkan dia untuk membayar.

Dia juga mahu menetapkan harga yang mahu dibayar. Ibu bapa saya agak tidak bersetuju kerana kata mereka kita harus menurut penetapan, adat dan silah agama.

Saya agak keliru kini. Sebenarnya, apakah perbezaan antara mas kahwin dan wang hantaran? Adakah wajib bagi bakal suami untuk menyediakan kedua-duanya? Bolehkah jika saya ingin menetapkan mas kahwin lebih daripada apa yang ditetapkan oleh kerajaan kerana bakal suami saya mampu untuk membayar lebih.

Rose Anieda

Alor Star, Kedah


Jawapan

Tahniah diucapkan kepada saudari kerana bakal melangsungkan perkahwinan kelak.

Setiap perkahwinan yang sah adalah berdasarkan rukun-rukun nikah yang terkandung di dalam Hukum Syarak iaitu pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali, saksi, ijab dan qabul. Manakala mas kahwin atau pemberian adalah salah satu syarat yang dikenakan sebagai mahar pembayaran yang diberi atau dijanjikan dibayar kepada pengantin perempuan itu.

Mas kahwin pada asalnya merupakan wang yang dibayar oleh pihak pengantin lelaki kepada ibu bapa pengantin perempuan untuk membantu kos perbelanjaan kenduri perkahwinan.

Tetapi pada zaman kini dan setelah kompromi antara undang-undang Islam dan adat Melayu, mas kahwin adalah mahar pembayaran yang diberi kepada pengantin perempuan itu sendiri.

Manakala wang hantaran atau pemberian lebih merupakan adat Melayu yang telah diamalkan sejak dahulu lagi. Wang hantaran ini adalah hadiah yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Ini tidaklah diwajibkan seperti mas kahwin.

Memberi mas kahwin kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah dan mazhab Syafie, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah.

Pemberian mas kahwin suami dianggap sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu, ia mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Walau bagaimanapun mas kahwin tidak termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan.

Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil (yang sepadan).

Manakala wang hantaran seperti yang dinyatakan di atas, iaitu lebih merupakan adat Melayu. Wang hantaran yang lazim diberi di kalangan masyarakat kita adalah berupa wang atau hadiah daripada suami kepada isteri dan juga hadiah daripada isteri kepada suami, iaitu saling bertukar hadiah sebagai tanda setuju dengan perkahwinan itu.

Hantaran tidak wajib tetapi merupakan adat dan hukumnya harus. Wang hantaran ini lebih merupakan keikhlasan pihak lelaki kepada pihak perempuan sebagai membantu menampung perbelanjaan kenduri kendara.

Sekiranya bakal suami saudari mahu memberikan mas kahwin dan hantaran sekali gus, tidak ada salahnya. Malah, seperti yang banyak dilakukan oleh pasangan pada zaman ini, mereka hanya memberikan mas kahwin dalam jumlah yang agak besar dan menganggapnya sebagai hantaran juga.

Ini bertepatan dengan hukum syarak kerana mas kahwinlah yang wajib kepada bakal suami. Malah mas kahwin merupakan hak mutlak isteri dan boleh dianggap sebagai hutang jika suami gagal memberikan mas kahwin tersebut. Mas kahwin juga boleh diberi dalam bentuk wang atau barangan.

Bagi kadar mas kahwin dan hantaran, hukum syarak tidak menetapkan kadar serta hadnya. Kadar dan had ini bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat.

Manakala merujuk kepada perundangan Islam di Malaysia, setiap negeri telah memberi garis panduan terhadap kadar minimum mas kahwin. Kadar ini berbeza-beza mengikut negeri. Majlis Agama Kedah tidak menetapkan sebarang jumlah minimum dalam kadar mas kahwin. Oleh itu, terpulanglah kepada pasangan untuk menetapkannya.

Selengkapnya......

Sembilan waktu paling sesuai puasa sunat

sumber : Berita Harian

SAYA bersyukur kerana dapat berpuasa penuh sepanjang Ramadan dan mahu berpuasa enam hari ketika Syawal. Saya kini bersemangat untuk menjadikan puasa sebagai amalan sepanjang tahun. Bolehkah saya melakukan begitu dan bilakah umat Islam digalakkan berpuasa selain Ramadan?

Adel Iskandar Hakim,
Mergong, Alor Star.

Puasa sememangnya satu ibadah yang dituntut. Ia adalah ibadah ketaatan dan keikhlasan kepada Allah SWT. Di akhirat kelak orang yang berpuasa dialu-alukan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan. Malahan puasa juga adalah madrasah yang mentarbiyah manusia menjadi insan bertakwa kerana ia membiasakan manusia dengan sifat sabar, amanah, disiplin, mengurangkan makan, meningkatkan amal ibadat dan sebagainya. Oleh itu amatlah digalakkan untuk mukmin meneruskan puasa sunat selepas berlalunya Ramadan untuk mengekalkan kebaikan yang sudah kita lakukan ketika Ramadan seperti puasa enam hari pada Syawal.

Antara waktu digalakkan berpuasa sunat ialah;

  • Berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Ia paling afdal kerana Rasulullah SAW bersabda: "Puasa yang paling afdal ialah puasa Nabi Daud. Dia berpuasa satu hari dan berbuka puasa satu hari. Tidak ada yang lebih afdal daripada itu." (Riwayat Bukhari Muslim)

  • Berpuasa tiga hari setiap bulan dan lebih afdal berpuasa tiga hari bulan terang (hari ke-13, 14 dan 15). Pahala berpuasa pada hari-hari berkenaan ialah sama seperti berpuasa sepanjang masa dengan gandaan pahala.

    l Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis bagi setiap minggu.

  • Puasa pada enam hari bulan Syawal.

  • Puasa hari Arafah. Iaitu hari yang kesembilan bulan Zulhijjah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji. Bagi seseorang yang sedang mengerjakan ibadat haji tidak disunatkan berpuasa pada hari itu sebaliknya disunatkan berbuka puasa walaupun dia kuat. Ini bertujuan untuk terus kuat berdoa dalam mengerjakan ibadah wajib berkenaan.

  • Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji dan orang yang tidak mengerjakannya.
  • Puasa Tasi' dan Asyura (hari ke-9 dan 10) dan disunatkan menghimpun kedua-duanya.

  • Puasa dalam bulan-bulan haram (iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab). Sebaik-baik bulan haram selepas bulan Ramadhan ialah Muharam, kemudian bulan Rejab, kemudian bulan-bulan haram yang lain, akhirnya barulah Syaaban.

  • Puasa dalam bulan Syaaban. Cuma ada ulama yang tidak membenarkan berpuasa pada 15 terakhir bulan Syaaban dengan hikmahnya untuk membuat persediaan tubuh badan bagi berpuasa sebulan Ramadhan dan bagi meningkatkan perasaan hati agar berasa ternanti-nanti kehadiran Ramadhan dengan penuh pengharapan dan kegembiraan.
  • Selengkapnya......

    Kajian Dr Masaru bukti air dibaca ayat Al-Quran

    Soalan:
    Menjelang peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi, sesetengah sekolah atau ibu bapa mengadakan majlis baca Yasin dan air yang diletakkan pada majlis itu untuk diminum pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Apakah pandangan tuan mengenai amalan ini?

    Jawapan:
    Air itu boleh dikatakan sebagai air penawar atau dikenali juga dengan air penerang hati bergantung kepada niat atau hajat yang diperlukan.

    Membaca al-Quran adalah ibadah dan amalan ini memberi pahala kepada si pembacanya serta memberi berkat kepada orang di sekitarnya seperti air yang diletakkan di sisinya.

    Berikutan penggunaan air sebagai medium, ia adalah benda hidup yang dapat memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.

    Oleh kerana 70 peratus tubuh kita terdiri daripada unsur air, bererti ketika kita membaca, mendengar al-Quran atau air yang dibaca ayat al-Quran akan membentuk susunan dan molekul yang teratur dan sempurna yang dapat membantu memperbetulkan fungsi dalaman tubuh bagi menenangkan jiwa dan bertindak seperti niat dan tujuan kita.

    Perkara ini boleh dirujuk kepada kajian Dr Masaru Emoto dari Jepun yang sudah membuktikan secara ilmiah bahawa air yang dibacakan doa atau perkataan yang baik atau muzik yang merdu akan membentuk struktur molekul yang nampak halus dan indah.

    Jika diperdengarkan kepada air itu perkataan yang buruk serta muzik yang kasar, maka ia membentuk molekul yang tidak seimbang dan hodoh.

    Justeru, molekul air dapat berubah dan mengikut aura persekitaran lalu membentuk seperti apa yang berlaku di sekelilingnya seterusnya memberi kesan kepada manusia.

    Kesimpulannya, membaca dan minum air Yasin dengan niat yang baik boleh diamalkan kerana termasuk usaha dan ikhtiar di samping usaha lain yang perlu juga dilaksanakan bagi mencapai matlamat dan cita-cita yang baik dan cemerlang.


    Subscribe to Islam is the Answer by Email

    Selengkapnya......
     
    Cebong`s Notez
    ---- Download for FREE. Green World Blogger Template---- © Template Design by Herro